Kes keganasan rumah tangga, bekas aktivis Khalid Ismath didakwa

Kes keganasan rumah tangga, bekas aktivis Khalid Ismath didakwa

Khalid Ismath didakwa di mahkamah atas tuduhan penderaan rumah tangga terhadap isterinya Eira Nadzirah.

Polis mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan dan pendakwaan Khalid Ismath susulan tular hantaran di Twitter dibuat isterinya, Eira Nadzirah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas aktivis PSM, Khalid Ismath didakwa di mahkamah atas tuduhan penderaan rumah tangga terhadap isterinya Eira Nadzirah, kata polis.

Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Nor, berkata Khalid ditahan pada 17 April dan didakwa di Mahkamah Majistret di Telok Datok, Banting, dua hari kemudian.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas IPD Selangor menemui kiriman Twitter tular di akaun “Eira Nadzirah” yang menyatakan Khalid telah didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadapnya dan telah dibebaskan dengan jaminan.

Ridhwan berkata, laporan penderaan rumah tangga telah dibuat pada 15 April dan polis menyiasat kes itu di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga.

Khalid didakwa menyebabkan kecederaan, yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, dan menyebabkan kecederaan kepada pasangannya, hukuman baginya ialah penjara selama tempoh dua kali lebih lama daripada menyebabkan kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.