
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengakui isu penggunaan simbol sudah dibincangkan pimpinan parti pada beberapa siri mesyuarat di peringkat pusat.
“Pimpinan semua parti dalam gabungan PH termasuk BN bebas mengeluarkan pandangan dan cadangan, terutama berkaitan penggunaan simbol parti.
“Keputusan mengenainya belum dimuktamadkan dan ia akan diputuskan dalam tempoh terdekat,” katanya menurut Berita Harian.
Sebelum ini, Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata pihaknya belum memuktamadkan keputusan membenarkan parti sekutu dalam kerajaan perpaduan yang berhasrat menggunakan logo dacing menjelang PRN.
Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dulu biarpun pihaknya ada menerima hasrat mengenainya.
Terdahulu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata beberapa rakan sekutu mahu menggunakan logo gabungan itu di negeri tertentu untuk mendapatkan sedikit kelebihan.
“Terdapat rakan sekutu yang ingin menggunakan lambang kita di negeri-negeri tertentu kerana ada strategi pilihan raya yang mampu memberi impak lebih baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Hari Raya anjuran tentera di Wisma Perwira.