Kes kekerasan terhadap warga KKM meningkat, kata KP kesihatan

Kes kekerasan terhadap warga KKM meningkat, kata KP kesihatan

Radzi Abu Hassan berkata kes melibatkan serangan fizikal, verbal, seksual mahupun bertulis.

Radzi Abu Hassan berkata kes kekerasan antara cabaran utama boleh mengganggu produktiviti warga kerja KKM. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Statistik pelaporan kes kekerasan terhadap warga Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan peningkatan dalam tempoh enam tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata, sebanyak 167 kes kekerasan dilaporkan pada 2017 selepas kementerian melancarkan Garis Panduan Mencegah & Menangani Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM.

“Pada pasca pelancaran garis panduan ini, 442 kes dilaporkan pada 2018 dan terus meningkat kepada 494 kes setahun kemudian,” katanya menurut Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, jumlah kes menyaksikan sedikit penurunan ketika gelombang Covid-19 pada 2020 dengan 321 kes dan 260 pula dilaporkan pada tahun seterusnya.

Jelasnya, apa jua bentuk kekerasan di tempat kerja sama ada serangan fizikal, verbal, seksual mahupun bertulis dikenal pasti sebagai salah satu cabaran utama yang boleh mengganggu produktiviti warga kerja KKM.

“Kekerasan ini memberi kesan negatif terhadap keselamatan dan kesihatan psikologi serta fizikal, seterusnya menjejaskan prestasi kerja.

“Ia sekali gus menjejaskan kualiti penjagaan perubatan dan menyebabkan kerugian dari aspek perbelanjaan dalam sektor kesihatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.