5 kawasan catat cuaca panas tahap 1

5 kawasan catat cuaca panas tahap 1

Empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak serta Mukah di Sarawak.

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.

Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu,” menurut catatan itu.

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.