Disyaki cabul wanita tepi jalan, lelaki direman 4 hari

Disyaki cabul wanita tepi jalan, lelaki direman 4 hari

Polis berkata, lelaki warga tempatan itu turut dikehendaki berhubung dua kes di Wangsa Maju dan Kelana Jaya.

Polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20-an pada 28 April yang mendakwa dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana dipercayai terbabit dalam kes mencabul wanita di Sea Park di sini bulan lepas.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di kawasan Ara Damansara.

“Pada 28 April, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20-an yang sedang berjalan kaki di tepi jalan dan dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

“Suspek yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka, melarikan diri ke arah tidak pasti,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Bertindak atas maklumat itu, katanya, polis menahan seorang warga tempatan pada 10.15 malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek turut dikehendaki berhubung dua kes di Wangsa Maju dan Kelana Jaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.