2 Ahli Parlimen BN N Sembilan beri ‘bayang’ tak pertahan DUN

2 Ahli Parlimen BN N Sembilan beri ‘bayang’ tak pertahan DUN

Ahli Parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa umum tidak pertahan DUN Gemencheh, manakala Ahli Parlimen Kuala Pilah Adnan Abu Hassan beri bayangan tidak pertahan DUN Senaling.

Pada sidang DUN, Mohd Isam Mohd Isa umum tidak mempertahan DUN Gemencheh dengan Adun Senaling Abu Hassan pula menggambarkan ucapannya pada sidang itu mungkin ‘ucapan terakhir’.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, menjelang PRN Negeri Sembilan.

Pengumuman itu dibuat pada Persidangan Penggal Kelima DUN.

Menurut Sinar Harian, Isam mahu memberi fokus kepada tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Tampin.

Isam berkhidmat sebagai Adun Gemencheh sejak 2013 dan pada PRU15 kali pertama diberi kepercayaan bertanding sebagai Ahli Parlimen Tampin mewakili BN.

Dalam pada itu, Adun Senaling Adnan Abu Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah turut memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

Beliau bangun mencelah dan memohon maaf sambil memberitahu itu kemungkinan menjadi ucapan terakhirnya di sidang DUN.

“Dalam proses itu mungkin ada penyampaian dan kata-kata, gerak mata, pergerakan saya yang mungkin menyakitkan.

“Oleh kerana itu, saya mohon maaf dan ini mungkin ucapan terakhir saya sebagai Adun Negeri Sembilan, saya ucap terima kasih pada semua pihak,” katanya.

Adnan daripada BN telah berkhidmat sebagai Adun Senaling sejak 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.