Pemilik kereta tersadai ditemukan mati lemas

Pemilik kereta tersadai ditemukan mati lemas

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mayat lelaki berusia 47 tahun itu ditemui terapung oleh nelayan tidak jauh dari lokasi keretanya tersadai.(Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Misteri sebuah kereta tersadai di tempat letak kenderaan di Jeti Tanjung Emas di Muar, Johor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila pemiliknya ditemukan lemas.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mayat lelaki berusia 47 tahun itu ditemui terapung oleh nelayan kira-kira empat batu nautika di perairan Parit Jawa di sini, semalam.

Katanya, mayat ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian serta berkasut sukan.

“Mayat kemudian dibawa ke Jeti Tanjung Emas sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah Muar untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu yang berasal dari Sungai Mati, Tangkak adalah individu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 3 Mei lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, laporan bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian lelaki itu akibat saluran jantung tersumbat.

Katanya, lelaki itu juga mempunyai masalah mental dan pernah mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.