Kes bunuh ahli perniagaan, 2 lelaki akan didakwa

Kes bunuh ahli perniagaan, 2 lelaki akan didakwa

Polis berkata, ahli perniagaan itu ialah pemilik rangkaian klinik dan dipercayai menjadi mangsa peras ugut.

Lima individu ditahan berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan, yang mayatnya disumbat dalam beg dan dibuang ke gaung bulan lalu.
PETALING JAYA:
Dua lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan.

Ketua Polis Kajang, Zaid Hassan berkata, dua suspek yang merupakan warga tempatan itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang akan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama (niat bersama).

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Zaid berkata, seorang daripada lelaki itu ialah pemandu e-panggilan, manakala seorang lagi penganggur, yang masing-masing berusia 41 dan 22 tahun.

Selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun yang memiliki rangkaian klinik dipercayai dijerut hingga mati dalam cubaan peras ugut gagal.

Katanya, mayat mangsa disumbat dalam beg dan dibuang ke gaung di sebuah kawasan terpencil di Hulu Langat pada 26 April lalu.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dijerut menggunakan wayar oleh seorang kenalannya, yang cuba memeras ugut RM228,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.