Bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia

Bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia

Dia meninggal dunia akibat kanser hati selepas disahkan menghidap penyakit itu tahun lepas.

Hasanah Ab Hamid dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tahun lalu atas tuduhan menyeleweng RM50 juta dana kerajaan.
PETALING JAYA:
Bekas ketua perisik Hasanah Ab Hamid meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun.

Menantunya, Khairil Qaiyum Aisha mengesahkan kepada FMT berkata, Hasanah meninggal dunia tengah hari akibat kanser hati.

“Dia disahkan menghidap kanser hati sejak September tahun lalu. Dia akan dikebumikan di Kajang,” katanya.

Jenazah Hasanah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kajang.

Sebulan sebelum diagnosis, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membebaskannya atas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan RM50.4 juta wang kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.