
Pengarah Maritim Malaysia Johor Nurul Hizam Zakaria, berkata pihaknya percaya wujud kemungkinan itu berdasarkan simulasi daripada Sistem Perancangan Optimal Mencari dan Menyelamat (Sarops).
Katanya, Pusat Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) di Putrajaya sudah dimaklumkan untuk memohon bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia untuk membantu mengesan tiga kru kapal terbabit.
“Kami sudah memaklumkan untuk memohon bantuan daripada pihak Basarnas terutama bagi mengesan kru berkenaan di Tanjung Pinang,” katanya menurut Berita Harian.
Isnin lalu, kapal tangki MT Pablo terbakar kira-kira 50% bahagian tengahnya di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Johor.
Seramai 25 daripada 28 kru kapal diselamatkan dengan bantuan dua kapal yang berada berhampiran, manakala tiga lagi masih hilang.
Mereka ialah Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, masing-masing warga India, selain Sabit Shenderovsky, 37, berasal dari Ukraine.