
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota penguat kuasa turut menyita 51kg gula bernilai RM145.35 selepas menerima aduan awam di kedai runcit di Kampung Rawa Bechah Laut, Tanah Merah.
“Hasil siasatan mendapati harga gula putih bertapis paket 1kg dijual RM3.90 sekilogram, melebihi harga dikawal kerajaan RM2.85 sekilogram,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, perniagaan runcit itu tidak berlesen dan wanita itu menjual gula kepada rakannya saja semasa serbuan dilakukan.
Katanya, pemilik premis itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual gula pasir kasar melebihi harga kawalan.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu, manakala RM500,000 untuk syarikat atau perbandaran.
Dalam perkembangan sama, Azman berkata, KPDN Kelantan menubuhkan pasukan petugas melalui Op Manis mulai hari ini sehingga kes pulih bagi mengelak pembelian panik.
“Sebanyak 100 tan metrik diterima dan dihantar kepada tiga pemborong besar di Kelantan dan diedar kepada peruncit kecil di pedalaman.
“Untuk kuota peniaga, mereka boleh memiliki gula antara 30 hingga 100 tan metrik, juga pemilikan mengikut kemampuan kewangan peruncit tersebut.”