P Pinang dedah 71 syarat PSI Jumaat ini

P Pinang dedah 71 syarat PSI Jumaat ini

Syarat itu ditetapkan Jabatan Alam Sekitar ketika meluluskan projek Pulau Pinang Selatan.

Chow Kon Yeow (tiga dari kanan) dan wakil kerajaan negeri serta Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang menunjukkan konsep lakaran untuk cadangan pembangunan Pulau A dalam projek PSI.
GEORGE TOWN:
Tujuh puluh satu syarat yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) akan didedahkan Jumaat ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, syarat itu akan disiarkan di laman sesawang Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC).

Beliau mengadakan sidang media mengenai cadangan pembangunan Pulau A PSI, yang terbesar dalam kalangan tiga pulau dicadangkan di bawah projek penambakan mega itu.

Chow berkata, pulau itu akan dinamakan “Silicon Island” dan berperanan sebagai lanjutan kepada Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. Sebanyak 700 daripada 2,300 ekar tanah di pulau itu akan digunakan untuk membina taman perindustrian teknologi tinggi dinamakan “Green Tech Park”.

PIC ialah syarikat tujuan khas ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek PSI dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Sebelum ini, kumpulan alam sekitar, Sahabat Alam Malaysia menggesa JAS mendedahkan 71 syarat dan alasan meluluskan PSI.

Projek penambakan tiga pulau seluas 1,620ha di luar pantai selatan, antara Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul. Penjualan hartanah dan tanah penambakan itu akan membantu membiayai PTMP, di mana lebuh raya baharu dan sistem transit akan dibina.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.