PM diisytihar presiden agung Pengakap

PM diisytihar presiden agung Pengakap

Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersalam dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mohd Zin Bidin selepas diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia dan menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri.

Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu perdana menteri adalah presiden agung PPM.

Pada majlis sama, Anwar turut menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi PPM yang eksklusif diberikan dalam kalangan pemimpin negara dan negeri-negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Bendahari Majlis Pengakap Negara Abdullah Taib.

Mohd Zin berkata pengisytiharan Anwar sebagai presiden agung dapat mengangkat imej PPM ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memperkukuhkan lagi peranan pergerakan kepengakapan tanah air sebagai organisasi pendidikan tidak formal terbesar di negara ini.

“Semoga pelantikan ini dapat menarik ahli-ahli muda di peringkat universiti dan sekolah menyertai pengakap kerana kita ada sistem latihan yang mantap,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.