
Menurut data kemas kini cuaca panas dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang 4.20 petang tadi.
Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, lapor Bernama.
Sementara itu, kawasan lain di Semenanjung serta seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celcius (tahap biru).
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas dan bahang melanda di kebanyakan kawasan di Semenanjung diramal tidak akan berpanjangan dan menasihati orang awam terutama mereka bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati.