
Katanya, setakat ini tidak ada penyandang daripada gabungan itu berhasrat melepaskan kerusi DUN yang ditandingi mereka pada pilihan raya sebelum ini.
“Saya percaya soalan ini rumit (penyandang mahu lepaskan kerusi DUN atau tidak) tetapi jawapannya senang, tidak ada penyandang yang mahu lepaskan kerusi.
“Perkara ini ada disebut dalam mesyuarat PH semalam, jika ada penyandang yang tidak mahu bertanding nanti kita boleh lihat parti mana yang boleh ambil alih kerusi DUN berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Semalam, PH Pulau Pinang mengadakan mesyuarat berhubung persediaan PRN dan mesyuarat dengan Umno dijangka berlangsung minggu depan.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada PRU 2018, PH memenangi 37 kerusi, termasuk kerusi DUN dimenangi Bersatu ketika parti itu menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan.
BN menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan, manakala PAS mempunyai satu kerusi, Penaga.