
Ia termasuk gaji perlu selaras risiko, tugas, dan kebertanggungjawaban pekerjaan, katanya dalam kenyataan sempena Hari Pekerja.
“Kemampuan pekerja menunjukkan prestasi mestilah diiktiraf dan diberi ganjaran berdasarkan merit.
“Tidak boleh berlaku sebarang diskriminasi di tempat kerja dan semua pekerja dilayan adil dan saksama.”
Katanya, majikan perlu melaksanakan disiplin bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja dengan amalan adil dan bertanggungjawab.

Syed Hussain berkata, majikan juga hendaklah menyediakan struktur laluan kerjaya, justeru laluan kerjaya bagi jangka masa panjang lebih jelas.
Katanya, ia membantu majikan menarik dan mengekalkan bakat.
“Kita mesti memastikan pekerja kita dilatih sepenuhnya dan mempunyai kemahiran melakukan tugas.
“Sebagai majikan, kita mesti pada setiap masa menyediakan persekitaran selamat dan sihat di tempat kerja.”
Syed Hussain berkata, bagi pekerja pula, mereka dikehendaki mematuhi keperluan organisasi tempat mereka bekerja dan penting menjaga keharmonian dan keamanan dalam industri untuk negara bergerak ke hadapan.
“Justeru, MEF melahirkan penghargaan kepada pekerja dan kesatuan sekerja susulan kefahaman dan kerjasama ditunjukkan ketika pandemik Covid-19,” katanya.