Lulus projek tambak laut bukti kerajaan pusat tak layan bantahan rakyat, kata Gerakan

Lulus projek tambak laut bukti kerajaan pusat tak layan bantahan rakyat, kata Gerakan

Timbalan presidennya, Oh Tong Keong berkata, projek itu hanya akan menguntungkan pemaju dan dikhuatiri akan mengundang bencana pada masa akan datang.

Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong berkata, PSI akan merosakkan alam semula jadi secara serius dan menjejaskan ekologi marin. (Gambar Facebok)
PETALING JAYA:
Gerakan menyifatkan tindakan kerajaan pusat meluluskan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) sebagai bukti ia tidak mengendahkan bantahan rakyat.

Timbalan presidennya, Oh Tong Keong berkata, projek itu hanya akan menguntungkan pemaju dan dikhuatiri akan mengundang bencana buat rakyat pada masa akan datang.

“Projek tebus guna tanah ini akan merosakkan alam semula jadi secara serius dan menjejaskan ekologi marin,” katanya dalam kenyataan.

“Ia adalah projek yang tidak boleh diperbaiki dan (membawa) malapetaka kepada penduduk setempat dan juga penduduk Pulau Pinang.

“Kerajaan pusat tidak mahu mendengar bantahan dan pendapat rakyat Pulau Pinang dan badan bukan kerajaan, tetapi menyokong tindakan sengaja kerajaan negeri yang sememangnya mengecewakan rakyat.”

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan penilaian kesan alam sekitar (EIA) terbaru projek itu telah mendapat kelulusan Putrajaya, dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menetapkan 71 syarat yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, laporan EIA yang diluluskan itu akan dimuat naik ke laman sesawang Penang Infrastructure Corporation (PIC) untuk bacaan umum.

Projek bernilai RM10 bilion itu ialah inisiatif kerajaan negeri untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion melalui penambakan tiga pulau seluas 1,620ha di luar Permatang Damar Laut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.