
Ketua Polis Jelebu, Maslan Udin, berkata lelaki berusia 52 tahun itu dipercayai tertembak mangsa berusia 61 ketika mereka bersama-sama keluar memburu.
“Siasatan mendapati suspek dan mangsa masuk ke hutan tersebut membawa senjata api buatan sendiri bagi tujuan memburu.
“Semasa sedang memburu suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa kerana menyangka ia seekor kijang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Berikutan itu, Maslan berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Titi, Jelebu untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis turut merampas selaras senjata api buatan sendiri serta beberapa peluru hidup.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya.