Tragedi beraya, bayi 27 hari maut, kereta rempuh lori

Tragedi beraya, bayi 27 hari maut, kereta rempuh lori

Kejadian berlaku ketika tiga beranak itu dalam perjalanan pulang beraya di Lundu.

Polis berkata Proton Saga dipandu bapa bayi itu hilang kawalan dan melanggar belakang lori di Jalan Bau-Lundu, Kuching.
PETALING JAYA:
Perjalanan pulang berhari raya tiga beranak bertukar tragedi apabila bayi mereka berusia 27 hari maut selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 13, Jalan Bau-Lundu, Kuching.

Kemalangan berlaku pada 1 tengah hari itu menyebabkan suami isteri itu cedera.

Ketua Polis Bau, Poge Nyaon, berkata kejadian berlaku ketika tiga beranak itu dalam perjalanan pulang beraya di Lundu.

“Proton Saga dipandu bapa mangsa hilang kawalan dan melanggar belakang lori diletakkan di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, ibu bapa mangsa berusia 35 dan 48 tahun cedera manakala bayi mereka berumur 27 hari disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Bau,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, berkata pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Poge berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.