
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian 7.20 malam itu apabila semua penghuni rumah terbabit berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 7.29 malam.
Katanya, seramai 48 pegawai dan anggota BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Penampang bersama empat jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran, empat pancutan dari sumber air jentera dan pili bomba
“Api berjaya dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran dan operasi terkawal pada 8.38 malam,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.
Menurutnya, rumah setinggan bersaiz kecil jenis tidak kekal itu didapati musnah sepenuhnya.
“Seramai 17 keluarga yang terbabit dan tiada mangsa dilaporkan.
“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada 10.47 malam dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi pemadaman turut dibantu polis, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).