Edar dadah 9.26kg, pengantin baharu direman 6 hari

Edar dadah 9.26kg, pengantin baharu direman 6 hari

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan kelmarin dan mereka ditahan polis semalam.

Semalam, media melaporkan pasangan tidak bekerja yang positif dadah itu ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggarkan bernilai RM77,000. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Sepasang pengantin baharu direman enam hari kerana disyaki mengedar 9.26kg dadah di sebuah masjid di Chikus, dekat Langkap, Ipoh.

Menurut Sinar Harian, perintah reman terhadap suspek berusia 23 dan 24 tahun itu sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret, T Ashvinii di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Perak.

Pasangan itu yang melangsungkan perkahwinan Isnin lalu ditahan polis semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam, media melaporkan pasangan tidak bekerja yang positif dadah jenis Methamphetamine itu ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggarkan bernilai RM77,000.

Mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan dalam sebuah kereta dan bekalan dadah itu dipercayai untuk diedar ke luar Hilir Perak yang boleh digunakan hampir 10,000 penagih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.