Dakwaan tak sahih, exco Melaka tak perlu bercuti, kata KM

Dakwaan tak sahih, exco Melaka tak perlu bercuti, kata KM

Ab Rauf Yusoh berkata dakwaan itu tidak sahih dan dianggap sebagai fitnah.

Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh menyifatkan tuduhan terhadap seorang exco kanan mempunyai skandal sebagai fitnah zaman moden.
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata exco kanan yang didakwa mempunyai skandal dengan seorang wanita, tidak perlu bercuti daripada tugasnya.

Ini kerana, Ab Rauf berkata dakwaan berkenaan tidak sahih dan boleh dianggap sebagai fitnah.

“Tak perlu pun bercuti, (dakwaan) tak sahih,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Ab Rauf dilapor menyifatkan tuduhan terhadap seorang exco kanan mempunyai skandal sebagai fitnah zaman moden yang tersebar di media sosial dengan cepat.

Katanya, ia adalah permainan musuh politik yang dilihat tidak senang dengan kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Ab Rauf dilaporkan mengetahui asal usul kontroversi itu selepas meneliti perkara ditularkan, namun menyerahkan kepada exco berkenaan sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan lain difikirkan wajar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.