
Dalam kejadian 3.55 petang tadi, Muhammad Zulqilfle Redzwan, 13, mengalami kecederaan dan disahkan maut di tempat kejadian.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata sepasukan anggota dan jentera dari balai bomba Papar digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 4 petang.
Berdasarkan laporan, katanya, dua remaja lelaki berusia 13 tahun disambar petir ketika masing-masing bermain bola sepak.
“Pasukan EMRS memberi rawatan awal pada mangsa cedera dan seterusnya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke Hospital Papar.
“Seorang lagi mangsa bagaimanapun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menurut Berita Harian.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.