
Terdahulu, Ceddy berkongsi pengalamannya berpuasa pada Ramadan menerusi Twitter.
Susulan itu, pengguna Twitter dengan nama @realmjthd menerusi ciapan mengecam Ceddy dengan menyifatkan perbuatannya cuba berpuasa yang seolah-olah meremehkan agama Islam.
“Sekarang awak dah tahu puasa Ramadan ritual eksklusif Islam, dan awak puasa penuh bulan Ramadan tambah dengan sahur lagi. Kenapa masih main-main lagi? Kalau betul-betul pandai, saya cadangkan awak masuk Islam serta diijabkabulkan amalan berpuasa awak.
“Tukar konteks puasa kepada solat fardhu di masjid. Kalau orang bukan Islam mengikut solat lima waktu berjemaah di masjid tiap-tiap hari dalam tempoh sebulan penuh tapi tak nak memeluk agama Islam, cuba teka apa yang mereka akan peroleh nanti?” katanya.
Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai @Shazrie Dzaq memohon maaf bagi setiap individu yang beragama Islam.
“Bagi pihak setiap Muslim, saya memohon maaf untuk ‘saudara yang Mahasuci’ ini. Kita semua mempunyai seseorang yang bercakap dari belakang. Malangnya, dia orang yang sedemikian.
“Anda mengambil bahagian dalam tradisi kaum lain dengan baik, sama seperti rakyat Malaysia sejati. Teruskan usaha itu,” katanya.
Pengguna dengan nama @ldhdddy pula berkata, ajaran dibawa Islam kepada mereka selaku orang Islam adalah membantu mengenalkan cara agama itu kepada bukan Muslim supaya mereka tertarik untuk memeluk Islam.
“Bukan memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam sebegini,” katanya.
Pengguna dengan nama @Atiiq Azman turut berkata, pandangan itu terlalu ekstremis dan tiada masalah untuk orang kaum lain cuba berpuasa sedangkan ia tidak mempunyai unsur mempersenda agama.