Agong dahulukan rakyat, beri laluan kepada ambulans

Agong dahulukan rakyat, beri laluan kepada ambulans

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika itu dalam perjalanan ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi laluan kepada ambulans membawa pesakit di Pekan, Pahang.
KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Sultan Abdullah ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans membunyikan siren kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans membawa pesakit memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan mengiringi baginda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.