
Sebanyak 51 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, manakala 16 daerah lagi mencatatkan IPU baik.
Daripada 51 lokasi di tahap sederhana itu, bacaan IPU di Seremban tertinggi iaitu 97, diikuti Banting di Selangor (82), Nilai (79), Port Dickson (76), Kuala Terengganu (72), Samalaju di Sarawak dan Klang di Selangor (70).
Antara daerah dengan IPU baik ialah Kimanis (33), Sandakan di Sabah dan Pengerang di Johor (29).
Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), 301-400 (berbahaya), 401-500 (sangat bahaya) dan lebih 501 (kecemasan).
Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, fenomena jerebu dijangka lebih serius tahun ini berbanding tiga tahun lalu kerana aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.