Kualiti udara PJ, Segamat makin buruk

Kualiti udara PJ, Segamat makin buruk

Bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu meningkat petang ini berbanding pagi tadi.

Setakat 5 petang tadi, daerah Petaling Jaya mencatatkan bacaan IPU pada 119, manakala Segamat mencatatkan IPU 107. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kualiti udara di Petaling Jaya dan Segamat semakin buruk apabila masing-masing mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pada 119 dan 107 setakat 5 petang tadi, berbanding 110 (PJ) dan 92 (Segamat) pagi tadi.

Sebanyak 61 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, termasuk Labuan, Sabah (86), diikuti Banting, Selangor (83), dan Kuala Terengganu (80).

Seremban dan Seberang Jaya di Pulau Pinang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 78; Shah Alam dan Minden (77), manakala Batu Pahat (76).

Lima daerah dengan IPU baik terdiri daripada Tanjung Malim (46), Temerloh (50), Sandakan (39), Kapit (43) dan Sarikei (46).

Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat); 301-400 (berbahaya); 401-500 (sangat bahaya); dan lebih 501 (kecemasan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.