Anak Malaysia menang cabaran kesan khas di AS

Anak Malaysia menang cabaran kesan khas di AS

Soffian Abdullah, atau lebih dikenali sebagai 'Sofyank', menggunakan kreativitinya dalam seni visual menjadikan sebiji epal di hadapan cermin kepada kek.

Soffian Abdullah, lebih dikenali ‘Sofyank’, menukar cermin dan epal kepada kek dalam video kesan khas.
PETALING JAYA:
Pereka kreatif kesan khas dari Malaysia memenangi pertandingan bulanan di Amerika Syarikat, dihoskan pembuat kandungan popular di YouTube, Zach King.

Sofyank, atau nama sebenarnya Soffian Abdullah, 26, mengatasi dua peserta lain masing-masing dari Britain dan Belanda, dalam cabaran memerlukan peserta mencipta video kesan khas hanya dalam tempoh 72 jam.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Soffian.

Soffian dijemput Zach King mengambil bahagian dalam “Ultimate VFX Challenge”, pertandingan bulanan dihoskan King di Los Angeles.

King merupakan selebriti media sosial yang berbakat dalam penghasilan video “magis”, yang memerlukan suntingan kesan khas memaparkan sesuatu objek hilang atau muncul dalam sekelip mata.

Pertandingan itu memerlukan tiga peminat King melalui proses saringan ketat. Pemenang akan bekerjasama dengan King menghasilkan video untuk dimuatnaik dalam akaun media sosialnya yang mempunyai lebih 100 juta pengikut.

Dalam video yang dimenanginya, Soffian menukar permukaan cermin dan epal kepada kek, permainan visual berkenaan menimbulkan kekaguman hakim, melibatkan hos Mythbusters, Adam Savage, seorang pembuat kesan khas terkenal.

Soffian dalam video penghargaannya, menyatakan terima kasih kepada King yang menjadi sumber inspirasi dalam pembikinan video kreatif.

“Bertemu Zach dan bekerjasama dengannya menghasilkan video dan menerima nasihat pakar menjadikan impian saya menjadi nyata. Terima kasih sekali lagi kerana memberi pengalaman cukup bermakna,” ulasnya dalam komen di YouTube.

Sebelum ini, Soffian ada bekerjasama menghasilkan video kesan khas bersama pelakon bintang Hollywood, Paul Rudd, dalam mempromosikan filem adiwira, “Ant-Man and the Wasp”, pada Februari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.