
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, setakat 9 pagi tadi, aliran trafik menuju utara lancar, namun kenderaan di dua lokasi, iaitu dari Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng bergerak perlahan.
Bagi perjalanan ke arah pantai timur, kenderaan dilaporkan bergerak perlahan dari Terowong Genting Sempah ke kawasan Rehat & Rawat Genting Sempah.
Selain itu, laluan trafik menuju selatan turut dilaporkan lancar.
PLUS menerusi Twitter memaklumkan, terdapat lori rosak di KM233.4 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun trafik masih lancar di kawasan itu.
Orang ramai boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.