Kelantan umum Selasa cuti peristiwa

Kelantan umum Selasa cuti peristiwa

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengisytiharkan Selasa depan sebagai kelepasan am sempena sambutan Hari Raya.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata keputusan itu dibuat susulan pengisytiharan Aidilfitri yang jatuh pada Sabtu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kelantan mengisytiharkan Selasa depan hari kelepasan am sempena sambutan Hari Raya.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, berkata keputusan itu dibuat susulan pengisytiharan Aidilfitri jatuh pada Sabtu.

“Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan hari Selasa, 25 Apr 2023 sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) bagi Kelantan sempena Hari Raya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya jatuh pada Sabtu.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.