
Dalam kenyataan, KKM memaklumkan jumlah itu membabitkan keseluruhan nilai kompaun RM197,600 dengan pelbagai kesalahan penyediaan makanan dikesan antaranya tiada suntikan anti-tifoid dan pakaian pengendali makanan.
“Sebanyak 640 lokaliti bazar Ramadan di seluruh negara dilawati bagi tempoh 23 Mac hingga 16 April dengan jumlah 51,849 premis diperiksa.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 premis makanan diarahkan tutup bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Seramai 104,755 pengendali makanan diperiksa dengan pecahan 93% (96,911 pengendali makanan) mempunyai suntikan anti-tifoid dan 84% (87,832 pengendali makanan) menghadiri latihan pengendali makanan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, sehingga 18 April, KKM menerima 17 aduan makanan di bazar Ramadan seluruh negara di mana 15 daripadanya selesai disiasat dan dua dalam proses.
Menurutnya, KKM turut menerima dua laporan keracunan makanan yang berlaku di bazar Ramadan setakat 13 April membabitkan bazar Ramadan Asia City, Kota Kinabalu, Sabah dan bazar Ramadan UiTM Segamat, Johor.
“Tapak bazar Ramadan UiTM Segamat juga diarahkan tutup bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.