
Menurut laporan Oriental Daily News, Lau Seck Yan, 56, pada mulanya meminta kebenaran daripada Hakim Rohani Ismail untuk bercakap.
Wanita itu kemudiannya berkata, tubuhnya menjadi perantaraan untuk roh mendiang suaminya Poh Seng Hiap, memberi keterangan kepada mahkamah.
“Saya Poh Seng Hiap, si mati. Saya yang bercakap di mahkamah.
“Isteri saya tidak membunuh saya. Isteri saya tidak melakukan apa-apa,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Rohani kemudiannya mengingatkan Lau bahawa perbicaraan belum bermula, sementara menunggu testimoni saksi, dan Lau tidak seharusnya membuat sebarang keterangan berhubung kes itu.
Bagaimanapun, Lau terus menyatakan bahawa dia tidak bersalah.
“Poh Seng Hiap bukan mati dibunuh. Ia sudah ajal. Ini Poh Seng Hiap bercakap.
“Kamu patut faham isteri saya tidak bunuh saya. Kenapa kamu tak dengar bahawa bukan isteri saya yang bunuh saya. Memang ajal saya untuk mati,” katanya kepada mahkamah.
Tertuduh akhirnya berjaya dipujuk untuk berhenti bercakap.
Bekas pensyarah itu adalah calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson pada 2018.
Dia didakwa membunuh suaminya yang berusia 55 tahun pada 23 Jan di rumah mereka di Rasah Kemayan antara jam 3.30 hingga 4.30 petang.
Mayat lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada dada dan perut.
Rohani menetapkan tarikh perbicaraan pada 3 hingga 7 Mac dan 17 hingga 21 Mei 2015.