Saya mahu rehat dulu, kata Dr Noor Hisham

Saya mahu rehat dulu, kata Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini.

Dr Noor Hisham Abdullah diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan kakitangan Kementerian Kesihatan pada hari terakhir beliau berkhidmat sebelum bersara wajib. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ KKM ketika negara berdepan pandemik Covid-19, merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan wabak itu dalam negara.

“Rehat dulu,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengimbas kad perakam waktu pada pukul 4.17 petang sebagai simbolik hari terakhir bertugas di KKM hari ini.

Beliau diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan warga KKM yang turut hadir mengucapkan selamat bersara kepadanya.

“Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, Covid-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik dan memang saya tertunggu-tunggu untuk bersara,” kata Noor Hisham.

Dr Zaliha dalam satu hantaran di Facebook beliau merakamkan penghargaan kepada Dr Noor Hisham atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di KKM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.