
Kerajaan berkata demikian dalam penghujahan pembelaannya di Mahkamah Rayuan The Hague pada Isnin.
Mahkamah juga telah mendengar permohonan dibawa oleh pihak menuntut.
“Permintaan pihak menuntut tidak boleh diterima dan mesti ditolak dalam apa jua keadaan,” kata Sekretariat Khas Sulu dalam kenyataan.
Katanya, Malaysia bertegas tidak ada perjanjian timbang tara yang menjadi asas bagi mana-mana timbang tara dikatakan, manakala permulaan timbang tara komersial adalah “tidak jujur dan secara terang-terangan menyalahgunakan proses timbang tara komersial antarabangsa”.
“Ini adalah percubaan mengambil alih sebuah negara berdaulat secara tebusan, dan kewujudan berterusan award itu mencemarkan reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.
Sekretariat itu juga berkata, Putrajaya akan melakukan litigasi di seluruh Eropah untuk memastikan penipuan ini didedahkan dan award itu dibatalkan.
Mahkamah timbang tara Perancis pada Februari tahun lalu memerintahkan Malaysia membayar jumlah itu kepada individu yang mengaku keturunan terakhir Sultan Sulu.
Pertikaian itu berpunca daripada perjanjian ditandatangani pada tahun 1878 antara dua penjajah Eropah dan Sultan Sulu untuk menggunakan wilayah di Sabah yang kini menjadi sebahagian Malaysia.
Malaysia menghormati perjanjian itu dan membuat pembayaran kira-kira USD1,000 setahun sehingga 2013, selepas pencerobohan kumpulan bersenjata ke Lahad Datu, di sepanjang pantai timur Sabah.