Sabah umum Jumaat hari kelepasan am, kata KM

Sabah umum Jumaat hari kelepasan am, kata KM

Hajiji Noor berkata ini selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah.

Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) hari kelepasan am tambahan bergantung pada 1 Syawal bermula. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah mengisytiharkan Jumaat ini sebagai hari kelepasan am tambahan, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Ini selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah,” katanya menurut Bernama.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.

Anwar berkata, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.