Mahkamah tolak rayuan Peter Anthony sabitan palsu surat

Mahkamah tolak rayuan Peter Anthony sabitan palsu surat

Adun Melalap membuat rayuan berhubung sabitan kesalahannya di Mahkamah Rayuan.

Adun Melalap Peter Anthony disabit bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memalsukan surat daripada pejabat naib canselor UMS. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi menolak rayuan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony daripada sabitan kesalahannya kerana memalsukan surat.

Hakim Ahmad Bache berkata, hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan sama ada dari segi undang-undang atau fakta apabila mendapati Adun Melalap bersalah atas pertuduhan itu Mei lalu.

Peguam Peter, S Devanandan kini akan membuat hujahan untuk meringankan hukuman itu.

Peter, 52, yang merupakan presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), membuat rayuan berhubung sabitan kesalahannya di Mahkamah Rayuan.

Beliau ketika itu pengarah urusan Syarikat Asli Jati, disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memalsukan surat daripada pejabat naib canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan kenyataan palsu dengan niat menggunakannya untuk tujuan penipuan.

Hakim perbicaraan Azura Alwi mendapati Peter melakukan kesalahan itu di pejabat setiausaha sulit utama kepada perdana menteri ketika itu Najib Razak di bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang kemudiannya dibayar Peter.

Peter diberikan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuan hari ini.

Ahmad juga menolak rayuan Peter terhadap hukuman itu.

“Mahkamah Sesyen telah mengambil kira faktor mitigasi dan kesalahan dilakukan dalam menjatuhkan hukuman penjara dan denda,” kata hakim.

Beliau juga berkata, hakim perbicaraan telah mengambil kira kepentingan awam dan Peter pernah menjadi menteri negeri ketika kerajaan Sabah dipimpinan oleh Warisan.

Bagaimanapun, Ahmad membenarkan menangguhkan sabitan dan hukuman terhadap Peter sementara menunggu rayuan terakhirnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.