2 maut pacuan empat roda bertembung

2 maut pacuan empat roda bertembung

Mangsa maut adalah pemandu kedua-dua Toyota Hilux yang dikenali sebagai David Lau Pun Wei, 27, dan Linggam Ngabok 57.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Jalan Selangau-Mukah semalam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua maut, manakala empat lagi cedera selepas dua pacuan empat roda bertembung di Jalan Selangau-Mukah, Sarawak semalam.

Mangsa maut adalah pemandu kedua-dua Toyota Hilux itu yang dikenali sebagai David Lau Pun Wei, 27, dan Linggam Ngabok 57.

Ketua Polis Mukah, Muhamad Rizal Alias, berkata nahas itu berlaku apabila kenderaan dipandu Linggam yang dinaiki seorang penumpang dalam perjalanan dari arah Selangau ke Mukah, bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan.

Katanya, impak pelanggaran itu begitu kuat sehingga kedua-dua kenderaan terbabit remuk di bahagian hadapan dan terperosok ke bahu jalan.

“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau mengesahkan dua mangsa terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Empat lagi mangsa cedera, termasuk dua patah kaki kanan dan tangan kanan,” katanya menurut Berita Harian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Mukah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.