Kenapa guna aplikasi AirAsia untuk tiket Malaysia Airlines, Loke soal Wee

Kenapa guna aplikasi AirAsia untuk tiket Malaysia Airlines, Loke soal Wee

Menteri pengangkutan berkata ia seperti ingin membeli KFC tetapi sebaliknya pergi ke Mcdonald.

Semalam, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata semakan ke atas airasia Super App menunjukkan penerbangan kelas ekonomi Malaysia Airlines pergi balik dari KL ke Tawau akan menelan kos RM3,138. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menyindir Presiden MCA, Wee Ka Siong, kerana menggunakan aplikasi AirAsia untuk menyemak harga tiket penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.

Loke berkata, bekas menteri pengangkutan itu sepatutnya menggunakan aplikasi mudah alih atau laman web Malaysia Airlines untuk menyemak harga tiketnya dan bukan aplikasi pihak ketiga.

“Sebagai bekas menteri (pengangkutan), beliau harus tahu bahawa Malaysia Airlines mempunyai aplikasinya sendiri. Ia seperti ingin membeli KFC tetapi sebaliknya pergi ke McDonald’s. Ia tidak masuk akal,” katanya pada sidang media.

Menteri itu memberitahu Wee supaya tidak mengelirukan orang ramai dengan memberi mereka maklumat mengelirukan, sebaliknya mendidik mereka menjadi pengguna bijak dengan membandingkan harga untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Wee dan Loke berbalas kenyataan semalam berhubung harga tiket kapal terbang yang tinggi bagi penerbangan domestik selepas Wee mendakwa tiket pergi balik kelas ekonomi Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April berharga RM3,138.

Loke kemudian berkata tiket itu adalah untuk kelas perniagaan, bukan ekonomi. Sebagai maklum balas, Wee melalui Facebook menunjukkan bahawa semakan di AirAsia Super App menunjukkan penerbangan dua hala kelas ekonomi Malaysia Airlines dari KL ke Tawau akan menelan kos RM3,138.

Sementara itu, Loke menjemput Wee menyertainya menghantar penumpang yang terbang dari KL ke Tawau pada 10 malam Khamis ini, sambil menambah bahawa Ahli Parlimen Ayer Hitam itu boleh menemu bual mereka mengenai tiket penerbangan.

“Saya tidak kecewa dengan beliau (Ka Siong). Jadi saya mahu undang beliau, pada tarikh yang beliau pilih, 20 April.

“Saya buat tawaran terbuka, pada jam 10.15 malam untuk pergi lepaskan penumpang dari Kuala Lumpur ke Tawau, harga tetap, RM249 untuk semua 135 penumpang.

“Kalau beliau tidak percaya ada tambang murah, saya undang beliau datang dan beliau boleh temu bual setiap penumpang,” kata Loke.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.