
Atlet berusia 25 tahun itu, yang bertanding di St Mac Relays di Kolej Mt San Antonio, California, mengatasi rekod Rabia Salam, iaitu 52.56s pada 1993.
Berlari untuk Winona State University, gadis poster olahraga Malaysia itu mempamerkan prestasi hangat dengan menamatkan saringan di tempat pertama, menewaskan beberapa pelari divisyen satu.
Beliau menduduki tempat kelima keseluruhan menjelang pusingan akhir esok, dengan pelari teratas dalam saringan mencatat masa 50.79s.
Masa yang dicatatkan oleh Shereen juga mengatasi rekod Sukan SEA, iaitu 51.83s, menjadikannya taruhan kuat untuk pingat emas pada kejohanan dwitahunan itu di Kemboja bulan depan.

Menempa nama dalam kedudukan peringkat kebangsaan, Shereen mengikut jejak langkah ibunya, atlet Olimpik Josephine Mary, yang kini menjadi ketiga terpantas dalam perlumbaan dengan masa 52.65s.
Shereen yang berasal dari Ipoh, Rabia dan Josephine adalah antara atlet wanita Malaysia yang mencatat masa kurang 53 saat dalam acara 400m.
Beliau kini memegang rekod kebangsaan dalam acara 400m bagi trek terbuka dan tertutup, satu pencapaian yang sukar ditandingi bagi seorang wanita dalam sejarah olahraga Malaysia.
Shereen memecahkan rekod kebangsaannya sendiri bagi trek tertutup sebanyak empat kali dalam tempoh kira-kira setahun, dan masa 52.56s yang dicatatkannya menjadikan beliau wanita Malaysia pertama yang mencatatkan masa kurang 53 saat dalam acara itu.
Dia juga pelari 200m wanita terpantas di negara ini dengan catatan masa 23.52s.
“Saya gembira dia berlari lebih pantas dalam setiap perlumbaan, dan bercita-cita tinggi,” kata Josephine.
“Tuhan memberikannya nikmat tidak terkira, tiada apa yang boleh hentikan dia sekarang.”
Jurulatihnya Mason Rebarchek memuji usaha Shereen, dengan berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk memastikan dirinya dapat terus berlatih dengan keras dan kekal sihat.
“Selepas mencatat masa pantas di trek tertutup, kami tahu beliau boleh catat masa kurang 52 saat di trek terbuka,” katanya.
“Beliau buat yang terbaik kali ini, melaksanakan strategi perlumbaan sebagaimana yang kami bincangkan. Saya sangat gembira untuknya, dan berasa sangat bangga.”
Shereen sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang rekreasi dan pelancongan di Winona State University, Minnesota dengan biasiswa olahraga.
Beliau menjadi atlet cemerlang di Kejohanan Trek dan Balapan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat.
Tahun lepas, Shereen membuat penampilan sulungnya dalam Kejohanan Dunia di Oregon pada Julai dan mencatatkan masa 53.57s untuk menduduki tempat ketujuh dalam saringan.
Sebulan kemudian, beliau beraksi pada Sukan Komanwel pertamanya di Birmingham dan mencatat 53.92s untuk menduduki tempat ketujuh dalam saringan.
Shereen ialah anak perempuan bongsu Josephine, bekas atlet sensasi jarak pertengahan dan jurulatih elit negara, dengan Samson Vallabouy yang mencatat masa 1:48.29s dalam acara 800m pada 1989, rekod terpanjang dalam sukan olahraga lelaki Sukan SEA.