
Loke mengumumkan sidang media itu dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan.
Terdahulu, Wee berkata, beliau kecewa kerana harga tiket penerbangan dari ibu negara ke Sabah melambung tinggi pada musim perayaan walaupun sektor penerbangan semakin pulih selepas pandemik Covid-19.
Katanya, hasil semakannya mendapati tambang sehala bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri mencecah sehingga RM3,138 untuk kelas ekonomi.
Loke berkata, Malaysia Airlines memaklumkan kepada beliau semua tiket kelas ekonomi untuk laluan tersebut pada hari perayaan itu sudah habis dijual dan hanya tiket kelas perniagaan yang masih tinggal.
Di Facebook. Loke turut memuatnaik gambar yang menunjukkan kos penerbangan sehala dari Kuala Lumpur-Tawau pada 20 April yang berharga RM2,863.40.