Ops Lancar, Selamat pastikan aliran trafik lancar, kekang jenayah ketika Aidilfitri

Ops Lancar, Selamat pastikan aliran trafik lancar, kekang jenayah ketika Aidilfitri

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata Ops Lancar diadakan pada 18 dan 19 Apr sementara Ops Selamat selama lapan hari bermula 20 Apr.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi tertumpu di kawasan dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas melibatkan lebuh raya, jalan negeri dan jalan bandar.
PETALING JAYA:
Polis akan menjalankan Ops Lancar pada 18 dan 19 April sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan aliran trafik di seluruh negara lancar.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi itu tertumpu di kawasan dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas, melibatkan lebuh raya, jalan negeri dan jalan bandar.

Tambahnya, polis trafik juga akan melaksanakan Ops Selamat 20 selama lapan hari bermula 20 Apr bertujuan memastikan aliran trafik lancar, selain meminimumkan kes kemalangan jalan raya dan menjamin keselamatan premis kediaman.

“Ops Selamat turut memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes pecah rumah melalui unit peronda polis di taman perumahan, premis perniagaan dan pusat ibadat yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Bertemakan “Rumah Selamat, Sampai ke Destinasi”, Acryl berkata, pemantauan udara oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) turut dijalankan bagi memantau dan mengesan lokasi titik panas yang dikenal pasti, dan menyalurkan maklumat kepada anggota di lapangan untuk tindakan penyuraian trafik.

“Pengguna jalan raya diminta peka dengan informasi terkini berkaitan aliran trafik semasa melalui portal dan saluran rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) serta konsesi lebuh raya,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.