2 juta kenderaan dijangka masuk Johor sempena Aidilfitri

2 juta kenderaan dijangka masuk Johor sempena Aidilfitri

Polis Johor menjangkakan kesesakan luar biasa berlaku terutama di CIQ di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri.

Polis Johor menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sempena Aidilfitri, termasuk menerusi Tambak Johor dan Linkedua. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjangkakan kesesakan luar biasa berlaku terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

“Sebanyak 47 tempat yang kita jangkakan berlaku kesesakan, dan titik panas untuk kemalangan, kita ada 27 tempat yang telah dikenal pasti daripada kajian kita.

“Seramai 700 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di lokasi titik panas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Plaza Tol Perling malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.