Pengimport telur saman Azmin kerana fitnah

Pengimport telur saman Azmin kerana fitnah

Azmin Ali sebelum ini menuduh kerajaan menganugerahkan kontrak untuk mengimport telur dari India secara rundingan terus.

Azmin Ali didakwa membut tuduhan itu dalam satu ceramah Perikatan Nasional pada Mac lalu.
KUALA LUMPUR:
Sebuah syarikat pengimport telur memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi terhadap Azmin Ali kerana mendakwa syarikat itu dianugerahkan kontrak mengimport telur dari India secara rundingan terus.

Peguam Elyse Ng yang mewakili syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd berkata writ saman itu sudah diserahkan kepada Azmin.

Saman itu difailkan selepas bekas Ahli Parlimen Gombak itu tidak menjawab surat tuntutan daripada J&E Advance Tech pada awal bulan ini.

Azmin dalam satu ceramah Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menuduh kerajaan menganugerahkan kontrak untuk mengimport telur dari India secara rundingan terus.

J&E Advance Tech mendakwa tuduhan Azmin sebagai fitnah dan menggambarkan seolah-olah syarikat itu tidak jujur.

Tambahnya, tuduhan Azmin terhadap syarikat itu dilakukan dengan niat buruk dan ia satu cubaan untuk mencetuskan kebencian awam terhadap mereka.

J&E Advance Tech menuntut ganti rugi am, tauladan dan kerosakan teruk daripada Azmin.

Syarikat itu juga memohon satu injuksi untuk menghalang Azmin daripada mengulangi kenyataan seperti itu.

Ng berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Mei ini untuk pengurusan kes.

Pada awal bulan ini, J&E Advance Tech dilaporkan mahu menyaman Azmin sebanyak RM20 juta sebagai ganti rugi fitnah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.