Mayat wanita dalam bagasi, polis tak tolak bermotif dendam

Mayat wanita dalam bagasi, polis tak tolak bermotif dendam

Bedah siasat mayat menunjukkan kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul objek tumpul.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata kebiasaannya kes mayat dipotong lalu dimuatkan dalam bagasi didorong rasa dendam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dendam dipercayai menjadi motif kepada penemuan rangka mayat wanita dalam sebuah bagasi dalam keadaan badannya dipotong, di hentian bas Kulai, semalam.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata kebiasaannya kes seperti itu didorong rasa dendam.

Katanya, hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) di tubuh badan mayat, justeru berkemungkinan mayat bukan warga tempatan.

“Maklumat lanjut kita masih siasat, namun kebiasaannya dalam kes seperti ini, motif kejadian biasanya akibat dendam,” katanya menurut Kosmo.

Tambahnya, mayat berkenaan turut menunjukkan kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul objek tumpul.

Semalam, Ketua Polis Kulai Tok Beng Yeow, mengesahkan penemuan rangka disumbat dalam sebuah bagasi di hentian bas hadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

Katanya, polis dimaklumkan berhubung penemuan itu pada 1.50 tengah hari dengan mayat tersebut sudah reput lebih 50% serta berulat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.