Lelaki ditahan berkait kebakaran motosikal berdekatan Suria KLCC

Lelaki ditahan berkait kebakaran motosikal berdekatan Suria KLCC

Suspek berusia 34 tahun akan direman mulai hari ini hingga 19 April.

Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik hangus manakala selebihnya mengalami kerosakan dalam kebakaran di kawasan parkir terbuka berdekatan Suria KLCC semalam.(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan susulan kebakaran 13 motosikal dan empat skuter elektrik di kawasan parkir terbuka berdekatan pusat beli-belah Suria KLCC semalam.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata lelaki tempatan itu juga akan direman selama enam hari bermula hari ini hingga 19 April.

“Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, satu topi keledar, sehelai baju, seluar, sepasang sarung lengan, satu beg, satu jam tangan dan pemetik api.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan. Setakat ini, polis menerima 10 laporan daripada pihak terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.