
Ahli Parlimen Putatan itu berkata, beliau memilih untuk terus menjalani penggantungan itu.
“Saya fokus pada kerja dulu,” katanya yang juga timbalan ketua menteri Sabah kepada pemberita selepas majlis di sini.
Ditanya sama ada beliau ada mempertimbang menyertai Gagasan Rakyat pimpinan Hajiji, Shahelmey berkata, beliau akan membuat pengumuman kemudian.
Dalam perkembangan berasingan, Shahelmey berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pihak berkuasa bertanggungjawab bagi menjelaskan laporan berhubung tragedi Double Six – yang meragut nyawa ketua menteri Sabah ketika itu, Fuad Stephens dan 10 lain – yang dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi.
“Ada beberapa persoalan berbangkit kenapa (laporan) dirahsiakan sebegitu lama sekiranya tiada unsur sabotaj (membawa kepada pesawat terhempas).”
Semalam, bekas Ahli Parlimen Penampang Donald Peter Mojuntin, mempersoal kenapa laporan itu dirahsiakan selama 47 tahun sedangkan ia “tidak berbahaya” dan menawarkan “penjelasan mudah” punca kepada nahas.
Donald adalah anak kepada menteri perumahan dan kerajaan tempatan negeri, Peter Mojuntin, yang bersama menaiki pesawat itu.
Laporan nyahklasifikasi mendapati tiada bukti sabotaj, kebakaran atau letupan mengakibatkan pesawat itu terhempas, pada 1976.