
Riza ialah anak tiri bekas perdana menteri, Najib Razak.
Pesuruhjaya Kehakiman, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan akan mempengerusikan perbicaraan itu, selepas mengambil alih kes itu daripada Hakim Amarjeet Singh.
Saman itu difailkan 1MDB dan anak syarikatnya terhadap Riza serta syarikat penerbitannya, termasuk Red Granite, atas dakwaan mereka menerima dan menyalahgunakan wang itu untuk kepentingan peribadi, termasuk membiayai penerbitan filem dan membeli hartanah.
Mereka turut berhujah Riza sebagai pemilik syarikat itu, tahu wang itu yang berasal daripada 1MDB, telah disalahgunakan.
Dalam pembelaannya, Riza, yang menerbitkan filem popular “Wolf of Wall Street” dibintangi Leonardo DiCaprio, mendakwa dana itu adalah pinjaman daripada kerabat diraja Saudi atau International Petroleum Investment Company, bukannya daripada 1MDB.
Katanya, sukar untuk penerbit filem tidak dikenali mendapatkan pinjaman bank, yang memaksanya mendapatkan dana daripada individu atau syarikat.