
R Sugunaran, 45, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 41 tahun cedera.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang Zulfadli Zakaria berkata, panggilan kecemasan diterima pada 3.31 pagi tadi.
Katanya, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dengan bantuan lima anggota bomba sukarela Janda Baik serta sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
“Sebuah lori terbabas dan dua lelaki dewasa cedera serta tersepit di bahagian kepala lori tersebut,” katanya, menurut SInar Harian.
“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat. Pemandu lori berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk menerima rawatan.”
Beliau berkata, mayat kelindan itu diserahkan kepada polis, manakala pemandu lori dihantar ke Hospital Bentong.