
PETALING JAYA: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berusia 33 tahun itu pada 12.50 tengah malam, semalam.
Katanya, lelaki itu adalah anggota dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 7 April, lebih kurang pukul 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat dilakukan Angkatan Tentera(ATM) bermula 7 April, namun setakat ini mangsa belum ditemui.