Kes bakar kereta, 2 lelaki ditahan

Kes bakar kereta, 2 lelaki ditahan

Polis berkata, Proton Iswara Aeroback seorang lelaki berusia 19 tahun terbakar hampir 50% di bahagian badan kenderaan.

Polis menahan dua lelaki berusia 17 dan 22 tahun, selepas mangsa membuat laporan polis semalam.
PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran sebuah kereta di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan, yang dipercayai berunsurkan khianat.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof berkara, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi semalam, selepas seorang lelaki berusia 19 tahun menyedari keretanya terbakar.

“Mangsa mendapati Proton Iswara Aeroback miliknya terbakar hampir 50% di bahagian badan kenderaan tersebut.

“Ketika kejadian, kenderaan diletakkan di depan rumah di Taman Seremban Jaya, kemudian datang seorang lelaki tidak dikenali membaling sesuatu disyaki cecair mudah terbakar ke arah kereta mangsa, sebelum membakar dan melarikan diri,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, dua lelaki berusia 17 dan 22 tahun ditahan, selepas mangsa membuat laporan polis pada 11.49 pagi Sabtu.

Katanya, perintah reman akan dimohon di Mahkamah Majistret Seremban hari ini dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.